Pokok tuhau |
Ettlingera coccinea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya di Sabah iaitu, tuhau merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut yang terdapatan di kepulauan Borneo. Bagi individu yang pakar dengan tumbuhan ini, membezakan tuhau dengan tumbuhan hutan lain yang serupa dengan fizikal tuhau ini seperti pokok kantan dan pokok tolidus (nama tempatan yang diberi oleh etnik Dusun) bukanlah suatu perkara yang rumit.
Namun, bagi individu yang tidak pakar, anda boleh mengenal pasti pokok tuhau ini melalui baunya kerana pokok tuhau ini akan mengeluarkan bau "asam" yang sangat kuat. Jadi, anda perlu mencubit sedikit daunnya, ramas sehingga sedikit lumat dan hidu.
Akan tetapi, kedua-dua pokok kantan dan tuhau ini mengeluarkan bau "asam" yang kuat walaupun bau "asam" yang dikeluarkan agak berbeza. Jadi cara lain untuk anda membezakan kedua-dua pokok ini adalah melalui kepekatan warna hijau pada pokoknya. Kebiasaannya, warna hijau pada pokok tuhau lebih pekat berbanding pokok kantan. Selain itu, pokok tuhau juga tiada mengeluarkan bunga dan buah seperti pokok kantan dan pokok tolidus.
Pokok tuhau yang telah dicabut dari akarnya |
Tuhau adalah salah satu makanan tradisional bagi masyarakat Sabah khususnya etnik Kadazan, Dusun dan Murut. Terdapat pelbagai hidangan yang boleh dihasilkan dengan berasaskan tumbuhan tuhau ini seperti jeruk, sambal dan serunding. Tuhau juga kadangkala menjadi salah satu bahan dalam hidangan lada putih campur ikan masin, satu lagi makanan tradisional di Sabah.
Jeruk tuhau |
Salah satu jenis hidangan berasaskan tuhau seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas dihasilkan melalui penggabungan beberapa bahan iaitu tuhau, belacan, cili padi, cuka atau limau kapas, garam dan gula sekucup rasa. Ingin tahu apa rasa tuhau ni? Boleh la cuba buat sendiri hehe...
No comments:
Post a Comment