Thursday, 7 May 2020

Rambutan Hutan (Rangalau)

Rambutan hutan
Rambutan hutan

Rambutan hutan atau dikenali dengan nama Rangalau bagi masyarakat suku kaum Dusun di Sabah mempunyai rasa yang sangat manis. Namun, isi buah rambutan hutan ini tidak lekang daripada bijinya. Saiz buah rambutan hutan ini juga agak besar daripada rambutan yang biasa kita jumpa di pasar-pasar.


Pokok rambutan hutan
Pokok rambutan hutan

Pokok rambutan hutan ini juga agak berbeza dengan pokok rambutan biasa dari segi ketinggian serta saiz daunnya yang lebih besar dan panjang. Selain itu, setangkai buah rambutan hutan juga tidak terlalu banyak buahnya seperti setangkai buah rambutan biasa.


Rambutan biasa vs. rambutan hutan
Rambutan biasa vs. rambutan hutan

Sedikit sebanyak perbezaan rambutan hutan dan rambutan biasa dapat kita lihat melalui gambar di atas dari segi bentuk dan saiznya. Akhir kata, anda pernah rasa rambutan hutan ni? Jika ya, yang mana satu menjadi kegemaran anda?















Saturday, 2 May 2020

Pokok Tuhau Sabah

Tuhau
Pokok tuhau

Ettlingera coccinea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya di Sabah iaitu, tuhau merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut yang terdapatan di kepulauan Borneo. Bagi individu yang pakar dengan tumbuhan ini, membezakan tuhau dengan tumbuhan hutan lain yang serupa dengan fizikal tuhau ini seperti pokok kantan dan pokok tolidus (nama tempatan yang diberi oleh etnik Dusun) bukanlah suatu perkara yang rumit. 

Namun, bagi individu yang tidak pakar, anda boleh mengenal pasti pokok tuhau ini melalui baunya kerana pokok tuhau ini akan mengeluarkan bau "asam" yang sangat kuat. Jadi, anda perlu mencubit sedikit daunnya, ramas sehingga sedikit lumat dan hidu. 

Akan tetapi, kedua-dua pokok kantan dan tuhau ini mengeluarkan bau "asam" yang kuat walaupun bau "asam" yang dikeluarkan agak berbeza. Jadi cara lain untuk anda membezakan kedua-dua pokok ini adalah melalui kepekatan warna hijau pada pokoknya. Kebiasaannya, warna hijau pada pokok tuhau lebih pekat berbanding pokok kantan. Selain itu, pokok tuhau juga tiada mengeluarkan bunga dan buah seperti pokok kantan dan pokok tolidus.


Tuhau
Pokok tuhau yang telah dicabut dari akarnya

Tuhau adalah salah satu makanan tradisional bagi masyarakat Sabah khususnya etnik Kadazan, Dusun dan Murut. Terdapat pelbagai hidangan yang boleh dihasilkan dengan berasaskan tumbuhan tuhau ini seperti jeruk, sambal dan serunding. Tuhau juga kadangkala menjadi salah satu bahan dalam hidangan lada putih campur ikan masin, satu lagi makanan tradisional di Sabah.


Jeruk Tuhau
Jeruk tuhau

Salah satu jenis hidangan berasaskan tuhau seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas dihasilkan melalui penggabungan beberapa bahan iaitu tuhau, belacan, cili padi, cuka atau limau kapas, garam dan gula sekucup rasa. Ingin tahu apa rasa tuhau ni? Boleh la cuba buat sendiri hehe...











Kupon Bulanan Letak Kereta Lintas Plaza

Terdapat beberapa zon bandar Kota Kinabalu di mana sistem kupon untuk letak kereta ini telah dikuatkuasakan. Tapi, nukilan aku ini spesifik kepada pengalaman aku mengenai sistem kupon ini di kawasan Lintas Plaza sewaktu bekerja di sana.

Korang mungkin sudah familiar dengan cara pembelian kupon harian di situ. Akan tetapi, kalau korang bekerja di sana, kupon bulanan semestinya pilihan yang lebih rasional sebab lagi jimat. Kupon bulanan ni berharga RM53.00 dan korang boleh beli secara terus di pondok DBKK di Lintas Plaza atau pergi ke kaunter/kiosk DBKK yang berdekatan. Mengikut pengalaman aku, pembelian kupon bulanan di pondok DBKK hanya sekali setiap bulan pada 22hb. Kalau kaunter/kiosk aku tidak berapa pasti, tapi apa-apa kemusykilan korang boleh berhubung terus ja dengan DBKK.


Kupon bulanan
Contoh kupon bulanan

Kupon ni sangat la penting kalau korang parking lama di kawasan Lintas Plaza tu gais. Aku hari pertama kerja sana sudah kena saman RM30.00 sebab tiada kupon letak kereta. Tapi mau buat macam mana kan, aku turun KK pun hari minggu dan dua hari sebelum masuk kerja, mana sempat mau beli kupon in advance hahah.