Kalau buah pulasan merah, merun kehitaman tu kita memang sudah biasa nampak dan makan kan. Bagaimana pula dengan buah pulasan hijau ni? Haa.. saya pun baru pertama kali jumpa yang warna hijau ni. Sekali pandang macam masam kan, tapi sebenarnya sudah masak dan sangat manis. Cuma isinya tidak lekang daripada biji.
Buah Pulasan Hijau |
Pulasan, atau dikenali dengan nama saintifiknya, Nephelium ramboutan-ake merupakan salah satu buah tropika dalam keluarga Sapindaceae. Ianya mempunyai beberapa nama tempatan, iaitu pulasan (Malaysia), kapulasan (Indonesia), ngoh-khonsan (Thailand) dan bulala atau panungayan (Filipina). Etnik KadazanDusun di Sabah pula mengenali buah ini dengan nama mongitom, yang berkemungkinan diambil dari perkataan oitom yang bermaksud hitam. Tumbuhan ini banyak dijumpai di Malaysia, Indonesia dan Filipina memandangkan ianya berasal dari Asia Tenggara.
Buah pulasan secara amnya kelihatan seakan-akan buah rambutan, namun memiliki kulit yang tebal, keras dan bulu yang pendek serta tumpul berbanding rambutan.
Isi Buah Pulasan Hijau |